NEW DELHI – India merekodkan 70,421 kes baharu jangkitan Covid-19 semalam – angka paling rendah sejak penghujung Mac, sekali gus menjadikan jumlah kumulatif bertambah kepada 29,510,410.
Ia merupakan hari ketujuh berturut-turut kes jangkitan kurang daripada 100,000 kes.
India merekodkan kemuncak pandemik dengan merekodkan lebih 400,000 kes antara bulan April-Mei.
Jumlah kes aktif adalah sebanyak 973,158 kes, susut 53,001 kes dalam tempoh 24 jam.
Manakala 28,182, 957 orang berjaya pulih daripada jangkitan Covid-19.
Tamil Nadu kekal sebagai penyumbang utara dengan 14,016 kes.
India turut menyaksikan 3,936 kes kematian pada tempoh sama dengan Maharashtra menyumbang 2,800 kes termasuk 2,300 kematian yang tidak dikira pada hari sebelumnya.
Ketika negeri-negeri di seluruh India dibuka secara beransur-ansur setelah sekatan pergerakan yang ketat, Ketua Menteri Tamil Nadu, MK Stalin engumumkan lebih banyak kelonggaran di 27 daerah.
Semua kedai dan restoran boleh beroperasi mulai 14 Jun dengan kapasiti 50 peratus.
Nanun, sekolah, kolej, kolam renang dan gimnasium masih ditutup.
Sebanyak 11 daerah, masing-masing tujuh di barat dan empat di wilayah delta Cauvery masih dikuatkuasakan sekatan pergerakan.
Kelonggaran hanya dibenarkan di 27 daerah lain termasuk Chennai dan daerah-daerah lain yang berdekatan. – MalaysiaGazette