Cancelo dikuarantin selepas dikesan positif Covid-19.

LISBON – Pemain bek pertahanan Portugal, Joao Cancelo dikesan positif Covid-19 dua hari sebelum perlawanan pembukaan menentang Hungary pada Euro 2020 di Budapest pada Selasa ini.

Pemain AC MIlan, Diogo Dalot akan menggantikan pemain berusia 27 tahun itu.

Cancelo kini menjalani proses kuarantin seperti disyaratkan pihak berkuasa kesihatan Portugal.

Portugal yang akan mempertahankan kejuaraaan yang dimenanginya pada 2016 itu akan berdepan Jerman pada 19 Jun dan Perancis 23 Jun ini. – MalaysiaGazette