Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mencemar duli menderma darah hari ini.

KUANTAN –  Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mencemar duli menderma darah hari ini.

ia sempena Hari Penderma Darah Sedunia yang diraikan pada setiap 14 Jun dan dizahirkan pemimpin diraja negeri Pahang  bagi memupuk semangat rakyat agar menderma darah kepada insan yang memerlukan.

Menerusi media sosial Instagram, baginda memuat naik gambar semasa proses menderma darah dengan menunjukkan pek bekalan darah semasa proses derma diadakan di istana.

Baginda juga bertitah agar rakyat di negeri itu mengambil peluang ini bagi menyumbang  melalui derma darah.

Apa yang mencuri perhatian warganet apabila baginda turut berkongsi rekod pemilik kad pemindahan darah Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) yang tertera nama baginda dan darah jenis AB.

BACA: Pemangku Raja Pahang buat lawatan mengejut ke Tasik Chini

Pemangku Raja Pahang kurnia Elaun Diraja ke tabung #Pahang4Palestine

Pemangku Raja Pahang berangkat tunaikan Solat Sunat Aidilfitri

Dalam pada itu, difahamkan, populasi bagi golongan orang yang mempunyai AB merupakan relatif kecil dan dianggap kelompok istimewa.

Difahamkan golongan darah AB juga sebagai penerima darah universal kerana dapat dengan menerima transfusi darah dari golongan darah mana pun baik O, A, B, atau AB.

Namun demikian, orang yang mempunya jenis darah AB hanya boleh mendermakan darahnya bagi mereka yang bergolongan darah AB sahaja. – MalaysiaGazette