Polis menahan sebuah lori yang didapati membawa pesakit positif Covid-19 di kawasan Sungai Lalang, Sungai Petani di sini semalam.

KUALA LUMPUR – Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) akan melihat dan meneliti kes tular sebuah lori yang membawa sekumpulan pekerja asing yang didapati positif Covid-19 di Sungai Petani, Kedah.

Siasatan itu mengikut Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan Dan Kemudahan Pekerja 1990 [Akta 446] dan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 [Akta 514] bagi membendung penularan jangkitan wabak Covid-19 dalam kalangan pekerja terutamanya warga asing.

Kementerian Sumber Manusia dalam satu kenyataan mengingatkan dan menasihatkan semua majikan yang perlu membawa para pekerja mereka bagi tujuan saringan mahupun kuarantin untuk menggunakan mod pengangkutan yang bersesuaian bagi menjamin keselamatan dan kesejahteraan pekerja dan orang awam.

Selain itu, kementerian itu turut menggesa para majikan untuk mengambil tindakan sewajarnya dalam membendung penularan wabak Covid-19 dalam kalangan pekerja terutamanya dalam tempoh mencabar ini.

Kementerian itu berkata, pihaknya sama sekali tidak akan berkompromi terhadap mana-mana majikan yang melanggar undang-undang. – MalaysiaGazette

Pemandu lori bawa pesakit positif Covid-19 disaman

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast