logo polis
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seorang pengurus akaun syarikat swasta terkejut selepas mendapati dirinya didaftarkan sebagai anggota ahli Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Fira, 41, berkata, beliau menyedari perkara itu setelah melihat dan menerima status rakan-rakan kenalannya yang mendakwa data pengenalan peribadinya didaftarkan sebagai ahli jabatan itu tanpa pengetahuannya.

Katanya apabila disemak dalam laman web rasmi jabatan itu beliau terkejut apabila mendapati memang ada nama beserta nombor kad pengenalannya tertera dan didaftarkan sebagai ahli RELA.

“Sekitar 2.30 petang semalam, saya menerima rungutan rakan-rakan saya mengenai perkara ini dan saya dengan rasa bimbang terus memasuki pautan rasmi itu bagi menentukan sama ada saya juga menjadi mangsa keadaan itu.

“Selepas memasuki laman web RELA dan mendapati nama beserta nombor kad pengenalan saya tertera dalam ruang sebagai ahli Rela yang aktif sejak tahun 2011 sebelum terfikir bagaimana data peribadi saya boleh terbocor kepada pihak lain.

Dakwaan guna maklumat peribadi daftar sebagai ahli RELA disiasat

“Saya berasal daripada Kedah dan menetap di ibu negara sejak tahun 2002 dan tidak pernah dengan waras atau tanpa disedari memberikan butiran peribadi saya kepada pihak ketiga atau individu tidak dikenali bagi apa-apa tujuan lain.

“Saya pernah kehilangan MyKad sebanyak dua kali sebelum ini, tetapi memang terkejut nama saya didaftarkan sebagai ahli RELA..lagi pun saya tidak pernah berurusan dengan RELA sepanjang pengetahuan saya,’ keluhnya kepada MalaysiaGazette hari ini.

Fira bimbang akan aspek keselamatan peribadinya, beliau telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Cyberjaya untuk polis menyiasat perkara tersebut.

Beliau risau memikirkan nasib orang awam yang mungkin senasib menjadi mangsa dalam perkara ini tanpa disedari dan mahu siasatan diteruskan segera dalam hal berkenaan.

“Pagi tadi, ada pegawai penyiasat menghubungi saya dan memaklumkan mereka sedang menyiasat aduan saya mengenai masalah tersebut,” katanya sambil mendesak orang awam suoaya lebih berwaspada dan segera tampil jika mereka adalah salah seorang mangsa situasi tersebut.

Sementara itu, MalaysiaGazette juga mendapati beberapa individu dan juga yang berkhidmat sebagai wartawan dari beberapa agensi media tempatan juga menyatakan rasa terkejut dalam status media sosial mereka selepas menyedari nama mereka turut didaftarkan sebagai ahli anggota RELA tanpa pengetahuan mereka.

Salah seorang daripadanya adalah merupakan bekas pekerja sebuah stesen televisyen yang kini bekerja sebagai jurukamera bebas yang dikenalis sebagai Kamarul yang kecewa dan membidas perbuatan tidak bertanggungjawab itu sebagai satu kesalahan serius yang perlu disiasat pihak berkuasa.

Bagaimanapun semakan MalaysiaGazette terhadap laman rasmi RELA mendapati ia hari ini diselenggara dengan terteranya mesej berbunyi “Harap maaf. Sistem dalam proses penyelenggaraan.”- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Dakwaan guna maklumat peribadi daftar sebagai ahli RELA disiasat

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast