Kenderaan yang membawa Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar tiba bagi Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu yang dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billal Shah di Istana Negara, Kuala Lumpur. Foto SYAFIQ AMBAK, 16 JUN 2021.

KUALA LUMPUR  – Istana Negara menjadi tumpuan pengamal media hari ini selepas Raja-Raja Melayu mula menghadiri sesi Perbincangan Khas bersama Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Mustafa Billah Shah.

Petugas media mula berkumpul di hadapan pintu utama Istana Negara sejak jam 11.30 pagi tadi dengan mematuhi kawalan keselamatan ketat juga dibuat Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah antara yang a kira-kira 11.03 pagi tadi dan disusuli Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar yang memasuki pekarangan pintu utama Istana Negara pada jam 12 tengah hari.

Kenderaan yang membawa Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar tiba bagi Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu yang dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billal Shah di Istana Negara, Kuala Lumpur. Foto SYAFIQ AMBAK, 16 JUN 2021.Antara Raja Melayu yang hadir Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah dan wakil Raja Perlis, Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Perbincangan khas itu bermula jam 2.30 petang ini di Istana Negara.

Turut kelihatan, Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Affendi Buang dan Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani.

Selain Raja-Raja Melayu, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali dijangka mengetuai beberapa ketua agensi kerajaan bagi memberi taklimat dalam perbincangan khas itu.

Perbincangan Khas itu yang merupakan inisiatif Al-Sultan Abdullah bagi membincangkan usaha memerangi pandemik Covid-19 di negara ini termasuk pelaksanaannya ketika tempoh darurat yang sedang berjalan ketika ini. – MalaysiaGazette