Selangor Chief of Police, Datuk Arjunaidi Mohamed . PIX: AFFAN FAUZI / MalaysiaGazette /18 APRIL 2021. murder suspect college student Damansara Perdana Three academic professors from Universiti Putra Malaysia (UPM) have been fined RM2,000 each for violating the standard operating procedures (SOP) by holding Hari Raya feast at the students dormitory recently raya feast jamuan
Selangor Chief of Police, Datuk Arjunaidi Mohamed . PIX: AFFAN FAUZI / MalaysiaGazette /18 APRIL 2021.

SHAH ALAM – Polis Selangor sedang menyiasat laporan oleh seorang suspek lelaki kes keganasan rumah tangga kononnya dia telah dipukul dan dikasari polis semasa dirakam keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang.

Bagaimanapun, Ketua Polis Selangor Komisioner Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, laporan artikel yang dimuatkan dalam sebuah portal tempatan mengenai dakwaan lelaki itu tidak benar sama sekali.

Beliau menjelaskan, tertuduh telah datang ke Ibu Pejabat Daerah Serdang untuk rakaman percakapan bersabit satu laporan polis oleh isterinya berkaitan kes keganasan rumah tangga.

Semasa terserempak dengan isterinya, suspek telah mengugut mahu membunuh isterinya dan bertindak agresif.

Polis telah menasihatkan suspek agar jangan membuat bising di kawasan balai polis namun di tidak mengendahkan nasihat yang diberikan.

Sebaliknya dia mengeluarkan kata-kata kesat ‘polis bodoh’ dan sekali lagi bertindak agresif.

“Semasa proses tangkapan suspek telah berlaku pergelutan dan pihak polis terpaksa menggunakan kekerasan yang minimum.

“Suspek telah ditangkap di bawah Seksyen 90 akta Polis 1967, Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955,” kata Arjunaidi.

Kata beliau, ujian saringan awal polis mendapati suspek positif dadah jenis Methapethamine, selain lapan rekod jenayah lampau atau pelbagai kesalahan jenayah kekerasan dan narkotik.

Suspek telah dituduh di Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada 11 Jun lalu di bawah Seksyen 90 Akta Polis 1967, dua pertuduhan di bawah Seksyen 14 akta Kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

Tertuduh tidak mengaku bersalah dan dibebaskan dengan jaminan mahkamah.

Arjunaidi berkata, sejurus dibebaskan pada hari tersebut, dia telah membuat satu laporan polis mengatakan telah dipukul dan dikasari ketika memberi keterangan bersabit kes keganasan rumah tangga. – MalaysiaGazette