Kenderaan yang membawa Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah keluar dari pintu utama Istana Negara selepas Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu yang dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billal Shah di Istana Negara, Kuala Lumpur. Foto HAFIZ SOHAIMI, 16 JUN 2021.

KUALA LUMPUR – Raja-Raja Melayu berpendirian mekanisme semak dan imbang dalam kerajaan perlu dan menyokong Parlimen segera bersidang.

Ia selaras dengan apa yang dizahirkan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad berkata, pada peringkat negeri, raja-raja pemerintah juga berpendirian agar sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) turut bersidang.

Syed Danial Syed Ahmad

“Adalah menjadi kewajipan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Pemerintah di negeri-negeri untuk mengimbangkan pelbagai tuntutan demi menjamin berlakunya keadilan dan menghindarkan kemungkinan sebenar atau pun tanggapan berlakunya sebarang penyalahgunaan kuasa.

“Raja-Raja Melayu turut menegaskan, pentingnya prinsip Raja Berpelembagaan dan demokrasi berparlimen diterjemahkan melalui budaya pemerintahan yang pada setiap masa meluhurkan Perlembagaan Negara dan mendaulatkan undang-undang,” katanya dalam satu kenyataan selepas Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu di Istana Negara hari ini.

Menurut Syed Danial, pada perbincangan itu, Raja-Raja Melayu telah mencambahkan pandangan dan menzahirkan pendapat secara terbuka dan berterus terang dalam semangat saling menghormati agar dapat dijadikan bahan panduan dan rujukan membantu Yang di-Pertuan Agong membuat ketetapan secara bijaksana.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Agong mahu sidang Parlimen dibuat secepat mungkin

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast