Vietnam mencipta sejarah apabila berjaya melayakkan diri ke pusingan akhir kelayakan Piala Dunia 2022 sebagai 12 pasukan terbaik.

KUALA LUMPUR – Vietnam mencipta sejarah apabila berjaya melayakkan diri ke pusingan akhir kelayakan Piala Dunia 2022 sebagai 12 pasukan terbaik, walaupun tumpas 2-3 kepada pasukan UAE.

Walaupun kalah dengan pasukan UAE, skuad bimbingan Park Hang-seo layak ke pusingan akhir kelayakan Piala Dunia 2022 kerana Jordan kalah 0-1 kepada Australia telah berjaya menempatkan Vietnam sebagai 4 pasukan naib juara terbaik.

Ini merupakan satu sejarah baharu dalam sukan bola sepak Vietnam dan perkara ini disambut meriah dan gembira oleh peminat-peminat mereka khususnya serta muncul selaku wakil tunggal ASEAN di pusingan akhir itu nanti.

Sementara itu, 12 lagi slot ke saingan Piala Asia 2023 akan menjadi rebutan pasukan-pasukan yang beraksi dalam pusingan ke-3 kelayakan Piala Asia, dan Malaysia masih berpeluang untuk melakukan sesuatu bagi merealisasikan sasaran yang telah ditetapkan.

Saingan kelayakan pusingan ke-3 Piala Asia 2023 akan bermula pada bulan Mac 2022 selepas ditunda dari jadual asal bulan November 2021.

Juara Kumpulan

  1. Syria
  2. Australia
  3. Iran
  4. Arab Saudi
  5. Qatar (tuan rumah Piala Dunia 2022)
  6. Jepun
  7. UAE
  8. Korea Selatan

4 Naib Juara Kumpulan Terbaik

  1. China
  2. Oman
  3. Iraq
  4. Vietnam
  5. Lebanon

– MalaysiaGazette