Najib Razak

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak membidas kenyataan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang menafikan kerajaan gagal mengawal penularan Covid-19.

Secara sinis bekas perdana menteri itu berkata, penggunaan unit rawatan rapi yang berbulan-bulan melepasi kapasiti juga satu lagi tanda kejayaan.

”Betul. Rakyat Malaysia memang gemar rehat 9 bulan dalam setahun untuk pandang siling dalam rumah.

”Penggunaan ICU berbulan melepasi kapasiti juga satu lagi tanda kejayaan,” katanya.

Menurut beliau, Majlis Raja-Raja mengambil maklum bahawa negara sedang menghadapi wabak Covid-19 dengan angka jangkitan harian yang tinggi meskipun telah berada dalam pemerintahan darurat.

Malah, keadaan ekonomi dan kewangan negara yang membimbangkan.

Selain itu, pentingnya sebuah kerajaan yang stabil dan mendapat keyakinan serta mendapat sokongan majoriti rakyat.

Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam kenyataannya hari ini berkata, kerajaan telah berjaya mengurangkan landai lengkuk jangkitan virus berkenaan yang mana jumlah harian Covid-19 yang menurun.

Kata Azmin lagi, kerajaan juga telah menyalurkan peruntukan berbilion ringgit kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk memastikan semua kemudahan sama ada di ICU atau Pejabat Kesihatan Daerah mencukupi.

Jelasnya, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 bagi mengawal pergerakan  dilihat memberi kesan positif. РMalaysiaGazette

Siapa kata kerajaan gagal? – Azmin