revocation Emergency Ordinance legal firms Minister at Prime Minister's Deparment, Datuk Takiyuddin Hassan. PIX: HAZROL ZAINAL / MalaysiaGazette / 25 FEBRUARY 2020. Parliament sitting emergency period legal firms lawyers essential services total lockdown FMCO The special National Security Council (MKN) meeting yesterday has allowed lawyers who need to represent their clients to face new charges, remand arrests and various criminal application to go to the court
Takiyuddin Hassan

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Hal Ehwal Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan perlu mematuhi pandangan Yang di-Pertuan Agong (YDPA), Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al- Mustafa Billah Shah bahawa persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin.

Tegas Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris, Ahli Parlimen Kota Bharu itu tidak perlu apa jua alasan kerana demokrasi perlu dikembalikan.

Beliau menjelaskan, kebijaksanaan Agong telah terbukti apabila mengutamakan kepentingan negara dan rakyat apabila Raja-Raja Melayu berpendapat tiada keperluan untuk melanjutkan darurat.

“Percubaan alih tiang gol lagi ke ni? Kesian saya tengok dia ni. Bersungguh-sungguh tak nak bukak parlimen secepat mungkin.

“Tidak perlu beri alasan. Patuh sahaja dengan titah SPB YDPA bahawa persidangan Parlimen diadakan secepat mungkin.

“Demokrasi perlu dikembalikan kerana pada saat ini pemerintahan negara seolah-olah seperti rejim autoritarian yang tiada elemen semak dam imbang apabila Parlimen digantung.

“Hari ini, kebijaksanaan SPB YDPA telah terbukti apabila mengutamakan kepentingan negara dan rakyat apabila Raja-Raja Melayu berpendapat tiada keperluan untuk melanjutkan darurat.

“Jangan risau. Rakyat minta buka parlimen bukannya bubar parlimen,” tulis di hantaran Facebook miliknya di sini. – MalaysiaGazette