ladang Ternakan Ayam LKPP Gold Kist di Jalan Kuantan – Segamat, Batu 8 dalam kejadian 6.34 pagi tadi

KUANTAN – Hampir 7,000 ayam ternakan rentung akibat kebakaran di ladang Ternakan Ayam LKPP Gold Kist di Jalan Kuantan – Segamat, Batu 8 dalam kejadian 6.34 pagi tadi.

Pegawai Penguasa Bomba, Norhisham Bin Che Mohd Nor berkata , seramai 16 anggota dikejarkan ke lokasi yang menyaksikan 90 peratus ladang berkenaan musnah.

“Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Pahang telah menerima panggilan kecemasan melalui sistem MERS 999 pada jam 06:34:37.

Operasi pemadaman api disertai oleh Pegawai Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Chini dan Balai Bomba Taman Tas

“Seramai 16 pegawai bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Chini dan Balai Bomba Taman Tas telah diarahkan ke lokasi kejadian dengan kekuatan logistik dua  buah jentera.

“Menurut Komander Operasi, anggaran kemusnahan ladang ternakan ayam adalah 90 peratus manakala keluasan kawasan terlibat 40 X 400 kaki persegi,” jelas Norhisham.

ARTIKEL :

Aras 3 IPK Pahang terbakar, tiada kemalangan jiwa

Dua rumah Orang Asli hangus

Keretapi bawa bahan bahaya terbakar

Beliau berkata demikian dalam kenyataan Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Negeri Pahang.

90 peratus ladang ternakan ayam terbakar.

Menurut beliau, hasil maklumat daripada pemilik ladang ternakan, pihak bomba sempat menyelamatkan 3,000 ayam ternakan.

Jelasnya pasukan bomba memulakan operasi pemadaman dengan menggunakan dua aliran salur dengan bantuan air daripada tangki pam jentera.

Kebakaran dapat dipadamkan sepenuhnya dan punca nahas kebakaran masih dalam siasatan lanjut. – MalaysiaGazette