Foto Facebook Ebit Lew.

KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas terkenal, Ustaz Ebit Lew terus berdepan ujian apabila keadaan kesihatan bapa kesayangannya semakin tenat.

Perkara itu dimaklumkan Ebit menerusi satu perkongsian di Facebook miliknya.

Ebit ketika masih di luar negara ketika ini untuk misi bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Dia turut memohon semua pihak untuk terus mendoakan kesihatan dan kesejahteraan bapanya yang kini terlantar di hospital.

“Mohon doakan ye. Sakit ayah semakin berat. Sekarang di hospital dijaga oleh abang saya. Mohon doakan Allah hilangkan rasa sakitnya dan beri cepat sembuh. Ya Allah sembuhkanlah ayahku,” tulisnya.

Menurut Ebit, dia berkesempatan untuk bercakap dengan bapanya menerusi panggilan telefon dan dinasihatkan untuk meneruskan misi bantuan kemanusiaan ke Gaza.

“Bila call ayah masa sedar, ayah cakap sempurnakan kerja di sana kerana Allah. Hidup ini satu perjuangan. Kadang dah tak sedar sangat. Ya Allah.

“InsyaAllah akan balik dalam masa terdekat. Doakan yer semuanya,” ujar Ebit. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast