Najib Razak

KUALA LUMPUR – Kerajaan diminta jangan terlalu berkira dengan rakyat yang memerlukan bantuan, kata Datuk Seri Najib Razak.

Menurutnya, dalam Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (PEMERKASA+), kerajaan mengumumkan peruntukan tunai sebanyak RM5 bilion.

Oleh itu, kenapa timbul banyak permohonan ditolak untuk bayaran tambahan Geran Khas Prihatin (GKP) dan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) sebanyak RM100 bagi golongan bujang dan RM300 hingga RM500 untuk B40.

Bekas Perdana Menteri berkata, jika permohonan diluluskan mengapa perlu tunggu bayaran pada akhir bulan Jun sedangkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sudah dikuatkuasakan sejak 12 Mei 2021.

”Yang suruh rayu pula akan dibayar pada bulan Ogos atau September.

”Zaman krisis ini bukan masa untuk berkira dengan rakyat,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Tambah Ahli Parlimen Pekan itu, permohonan penerima BPR atau GKP Fasa 1 tidak patut ditolak atau diperlukan untuk merayu.

“Apa logiknya,” soal beliau lagi.

Ini kerana, secara prinsipnya rakyat tidak tiba-tiba terjumpa harta karun dan menjadi kaya dalam tempoh masa beberapa bulan sahaja pada zaman pandemik ini, ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Kerajaan masih berkira lagi ke…? rasanya banyak juga bantuan kerajaan bagi kepada rakyat DSNR.
    relex & steady Dato, insyaallah ada tu….

Comments are closed.