Seorang petugas kesihatan memberi vaksin Covid-19 di Hospital Madani, Pekanbaru, Riau. foto Reuters

JAKARTA – Indonesia merekodkan lebih daripada dua juta kes Covid-19 pada hari Isnin sejak kes pertama disahkan pada bulan Mac tahun lalu.

Kementerian Kesihatan Indonesia berkata, kes harian Covid-19 di seluruh negara naik sebanyak 14,536 dalam tempoh 24 jam yang lalu menjadi 2,004,445, peningkatan satu hari terbesar dalam kes baharu.

Sehingga kini, hampir 55,000 orang telah meninggal dunia dan sekitar 1.8 juta yang lain telah sembuh, menurut data kementerian.

Indonesia mempunyai jumlah kes dan kematian Covid-19 tertinggi di Asia Tenggara.

Virus ini telah merebak ke seluruh 34 wilayah di negara ini dengan Jakarta dan Jawa Timur masing-masing merekodkan kes jangkitan dan kematian tertinggi.

Kementerian Kesihatan berkata, jumlah kes Covid-19 di negara ini telah meningkat sejak beberapa hari lalu, disebabkan oleh varian Delta yang pertama kali dikesan di India.

Varian yang membawa maut ini dikesan pada sampel yang diambil di Jakarta, daerah Kudus di Jawa Tengah, dan Bangkalan di Jawa Timur. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast