MGNews: Pengasuh Taska Didakwa Dera Kanak-kanak

Seorang pengasuh didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini selepas didakwa mendera kanak-kanak berusia setahun lapan bulan di Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) di sebuah hospital di Serdang, 8 Jun lalu.

Tertuduh, Nur Fatin Nabila Azmi, 23, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Nor Hisham Ahmad Jaafar.