KUALA LUMPUR – Pelawak Shuib mahu individu yang melanggar lari pekerjanya di @bubblebeemalaysia_hq cawangan Muar menyerahkan diri kepada pihak berkuasa dengan segera.

Akibat kemalangan baru-baru ini, pekerjanya Muhammad Afiq Hidayat Mohd mengalami patah dua tangannya, selain cedera di pipi dan hidungnya koyak.

Justeru, Shuib menyeru orang ramai membantu dia menularkan postingnya di Instagram untuk menjejaki pemandu Myvi yang melanggar Muhammad Afiq.

“Assalammualaikum, tolong viralkan Salah seorang staff @bubblebeemalaysia_hq cawangan Muar iaitu MUHAMMAD AFIQ HIDAYAT BIN MOHD FAUZI terlibat dengan satu kemalangan berdepan dgn Econsave Jalan Pesta, Muar dan yang malangnya, kete yang melanggar budak ni boleh lari!!!!!!!!!

“Detail kete: JKF 9590 MYVI HIJAU,” tulis Shuib.

Menerusi perkongsian gambar di Instagram, menunjukkan pekerja Shuib kini sedang dirawat di hospital.-MalaysiaGazette