Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah clinical trials National Healthy Research Volunteer Register National Pharmaceutical Regulatory Agency NPRA
Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Malaysia mencatatkan sebanyak 77 kes korban baharu akibat Covid-19 hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdulllah berkata, pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif yang meninggal dunia kini mencecah 4,554 kes.

Menurutnya, kes yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) juga tinggi iaitu 875 kes dengan 445 memerlukan bantuan alat pernafasan.

“Kes sembuh baharu hari ini adalah sebanyak 5,557 menjadikan keseluruhan yang pulih daripada wabak itu di negara ini berjunlah 639,181 kes,” katanya menerusi kenyataan

Terdahulu, Dr. Noor Hisham memaklumkan, kadar kes baharu positif Covid-19 kembali meningkat apabila 4,743 kes direkodkan hari ini berbanding 4,611 kes semalam.

Pertambahan itu menyaksikan jumlah kumulatif kes jangkitan virus tersebut meningkat kepada 705,762 kes.

Daruipada jumlah itu sebanyak 4,741 merupakan penularan tempatan manakala, dua lagi kes import. – MalaysiaGazette