Kakitangan pekerja kilang beratur menunggu giliran untuk menerima suntikan vaksin pada Program Imunisasi Industri Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS) Covid-19 di Texas Instrument, Ampang, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 16 JUN 2021.

KUALA LUMPUR – Kadar kes baharu positif Covid-19 kembali meningkat apabila 4,743 kes direkodkan hari ini berbanding 4,611 kes semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan itu menyaksi jumlah kumulatif kes jangkitan virus itu meningkat kepada 705,762 kes.

Beliau berkata, semua negeri mencatatkan pertambahan kes hari ini dengan Selangor kekal merekod kes tertinggi sebanyak 1,566 kes.

“Perlis kekal merekodkan satu digit iaitu dua kes penularan Covid-19 dan disusuli dengan Putrajaya iaitu tujuh kes.

“Manakala, baki negeri lain merekodkan kes di bawah 200 ialah Kedah (142 kes), Sabah (193 kes), Labuan (104 kes), Pulau Pinang (195 kes), Pahang (131 kes), Terengganu (37 kes), Perak (68 kes), Kelantan (165 kes) dan Melaka (167 kes),” katanya menerusi kenyataan di laman Facebook beliau hari ini. – MalaysiaGazette