Gambar tular yang menunjukkan sekumpulan lelaki berarark mengiringi mayat di Butterworth.

KUALA LUMPUR – Kementerian Perpaduan Negara akan membatalkan permit operasi sekiranya ada Badan Pengurusan Pengebumian Selain Orang Islam yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Dalam kenyataanya hari ini, kementerian itu melahirkan rasa kesal dengan insiden perarakan mayat di Pulau Pinang dan Kedah yang melanggar SOP dan telah tular dalam media sosial.

Insiden ini akan membawa risiko penularan wabak Covid-19 di dalam komuniti.

Lantaran itu, Kementerian Perpaduan Negara mengingatkan Badan Pengurusan Pengebumian Selain Orang Islam untuk sentiasa mematuhi SOP Pengurusan Pengebumian Selain Orang Islam dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

SOP Pengurusan Pengebumian Selain Orang Islam telah memperuntukkan syarat-syarat ketat bagi upacara pengebumian iaitu pengurusan persiapan mayat dibenarkan tidak lebih lima orang ahli keluarga.

Tidak melebih 10 orang ahli keluarga bagi aktiviti penghormatan terakhir di rumah kediaman/tanah perkuburan dan upacara melepaskan abu mayat tidak melebihi lima orang ahli keluarga.

Manakala perarakan dan jamuan ‘dine in’ tidak dibenarkan. – MalaysiaGazette

11 suspek direman 4 hari bantu siasatan berarak mengiring mayat