Croatia mara ke pusingan ke-16 kejohanan Euro 2020 selepas mengecewakan Scotland 3-1 dalam aksi kumpulan D awal pagi tadi.

LONDON – Impian Scotland untuk progres ke pusingan ke-16 dalam kejohonan Piala Euro 2020 kali ini dimusnahkan oleh Croatia selepas ditewaskan 3-1 dalam aksi kumpulan D awal pagi tadi.

Dalam aksi di Hampden, kedua-dua pasukan turun dengan misi hidup atau mati bagi mencerahkan peluang mara ke pusingan ke-16.

Nikola Vlasic meletakkan Croatia di hadapan seawal minit ke-17 separuh masa pertama

Bagaimanapun kegembiraan Croatia tidak bertahan lama selepas Scotland berjaya bangkit menyamakan kedudukan 1-1 menerusi Callum McGregor pada minit ke-42 sebelum wisel ditiupkan.

Gol penyamaan itu menyaksikan Stadium Glasgow bergegar dengan sorakan lebih 12,000 penyokong Scotland.

Berbekalkan gol penyamaan itu, Scotland beraksi dengan lebih semangat di separuh masa kedua, malangnya Croatia sekali lagi berjaya merobek gawang lawan.

Luka Modric bangkit menjaringkan gol kedua pasukannya pada minit ke-62 yang pastinya menghancurkan semangat moral Scotland sebelum gol ketiga Croatia menyusul pada minit ke -77 menerusi Ivan Perisic.

Ia sekali gus mengesahkan Croatia menamatkan saingan kumpulan D sebagai Naib Juara dan melangkah ke pusingan ke-16 dari segi perbezaan jumlah jaringan walaupun kedua-dua pasukan mengumpul 4 mata.

Dalam satu lagi perlawanan kumpulan D, England yang turun dengan misi wajib menang juga menang tipis 1-0 ke atas Szech Republic dan menjadi juara kumpulan dengan mengumpul tujuh mata penuh dan melangkah ke pusingan ke-16.-MalaysiaGazette