Zaid Ibrahim
Zaid Ibrahim

KUALA LUMPUR – Surat sumpah yang dikumpul oleh seorang pemimpin politik untuk menyatakan hilang kepercayaan kepada Presidennya, hanya layak digunakan bagi mendapatkan persetujuan isteri pertama untuk berkahwin seorang lagi.

Dengan nada sindir, bekas Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Zaid Ibrahim berkata, untuk memilih siapa layak memegang jawatan Perdana Menteri harus dibuat secara gentleman.

Katanya, car aitu ialah dengan mendapatkan undi daripada Ahli Parlimen secara angkat tangan, bukan menerusi Akuan Sumpah (SD).

“Untuk surat sumpah bolehlah digunakan tanda isteri pertama setuju (suaminya) kahwin seorang lagi.

“Tapi (untuk) nak pilih Perdana Menteri, kena buat secara gentleman, angkat tangan di Parlimen,” katanya menerusi ciapan Twitternya, hari ini.

Beliau membuat ciapan itu dipercayai merujuk kenyataan Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz yang dilaporkan mendakwa, majoriti daripada 42 anggota parlimen Barisan Nasional (BN) telah hilang kepercayaan terhadap Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Nazri memberitahu Malaysiakini, bahawa SD ditandatangani sebagai ‘akuan mandat 25 Ahli-ahli Parlimen BN’ kepada Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sekiranya Ahli Parlimen Sembrong itu dipanggil mengadap Yang di-Pertuan Agong.

Nazri dilaporkan berkata, apabila beliau mendapat tahu Yang di-Pertuan Agong hendak berjumpa ketua-ketua parti, beliau tidak lagi percaya kepada Ahmad Zahid.

Ini kerana katanya, pada Oktober tahun lalu, Ahmad Zahid memberi maklumat yang mengelirukan kepada Yang di-Pertuan Agong bahawa Ahli Parlimen BN menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Katanya, beliau lebih mempercayai Hishammuddin untuk mengatakan yang sebenarnya bahawa UMNO tidak menyokong Anwar atau DAP. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Hiahamudin tu dipilih oleh Ahli UMNO kaa? Kalau style SD jaa..tak perlu lah buat PAU…bangang punya Nazri…konkalau ada telor kan Nazri…ko pergi lah bertanding Presiden UmNO! hakkk tuiiii!!!

Comments are closed.