Najib Razak

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak berkata, pemimpin-pemimpin UMNO yang masih membisu atau sudah bersekongkol dengan mereka yang derhaka titah Raja-Raja Melayu dan sistem berparlimen demi kepentingan jawatan sendiri mungkin sudah tidak berminat lagi dengan perjuangan parti itu.

Oleh itu, mereka ini tidak patut dicalonkan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Bekas perdana menteri itu berkata, jika dicalonkan pun, mereka ini akan ditolak rakyat yang sedang menderita.

Malah, sekiranya mereka bertanding dalam pemilihan parti, semua ahli UMNO wajib tolak.

Ini kerana, golongan ini sudah tidak lagi berpaksikan tunjang perjuangan UMNO, kata bekas presiden parti itu.

Najib mengingatkan UMNO ditubuh pada tahun 1946 untuk melawan Malayan Union dan mempertahankan Raja-Raja Melayu serta membebaskan bangsa Melayu dan tanah air.

Antara dua daripada enam tunjang dan tujuan utama UMNO seperti termaktub dalam Fasal 3 perlembagaan UMNO ialah mendukung dan mempertahankan Raja Perlembagaan dan mempertahankan sistem demokrasi berparlimen.

Tegas beliau, inilah asas dan tujuan UMNO wujud.

”Maka ianya wajib bagi semua pemimpin dan ahli UMNO untuk bersuara pada saat titah Raja-Raja untuk menjaga kepentingan Rakyat yang sedang amat sengsara secara berpanjangan, diperlekehkan oleh pihak tertentu dan sistem demokrasi berparlimen telah diancam.

”Sekiranya keadaan negara tidak kritikal dan jelas sudah perlu langkah pemulihan segera, YDP Agong dan Raja-Raja Melayu tidak akan menerima menghadap berpuluh pemimpin parti serta ketua agensi kerajaan dan mengadakan persidangan Majlis Raja-Raja khas untuk mengeluarkan dua kenyataan titah yang amat tegas,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

3 Komen

  1. hebat KANUN NEGARA… MP2 DAN VIP2 yang masih dalam perbicaraan Mahkamah…dalam kes2 RASUAH SALAHGUNA KUASA /WANG HARAM pecah Amanah MASIH BEBAS utk bersidang berkempen berdialog melobi dan BUAT SIDANG MEDIA BAGAI sesama mereka…TAPI rakyat BIASA yang baru dTUDUH /DAKWA terus DIGARI…malah dilokap tahanan reman dulu sebelum dipenjara jatuh hukum.

  2. Hoih..kemaih bossku kali ni. Menjunjung tinggi titah… kalau boleh bawak untung la kan bossku? Klu tak bawak untung, lain kot ayat dia kannn..

  3. Sepatutnya pemimpin UMNO yang terpalit dengan pemimpin tersebut mempunyai nama yg besaran kes-kes mahkamah tidak di calonkan untuk PRU15 akan datang kerana rakyat sudah muak dan jelek dengan kes2 mereka yg tidak berkesudahan, ini adalah bertujuan utk mengembalikan integriti kepimpinan dlm UMNO. Kerana rakyat akan menolak kepimpinan sebegini apabila pilihan raya diadakan walaupun pemimpin tersebut mempunyai nama yg besar.

Comments are closed.