Sahabudin Abd Manan

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Pulau Pinang, Komisioner Datuk Sahabudin Abd Manan dilantik sebagai Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman.

Menurut kenyataan Polis Diraja Malaysia (PDRM), beliau menggantikan Datuk Seri Mazlan Lazim yang diumumkan sebagai Timbalan Ketua Polis Negara pada hari ini.

Timbalan Pengarah Cawangan Khas E1, Bukit Aman Komisioner Datuk Shuhaily Mohd Zain akan menggantikan Sahabudin sebagai Ketua Polis Pulau Pinang.

Pertukaran kedua-dua pegawai kanan itu berkuatkuasa 1 Julai ini. – MalaysiaGazette