Gambar Hiasan

Serangan disasarkan ke atas sebuah pengkalan berhampiran kampung Ichagara di wilayah Gao di utara negara itu yang diwujudkan oleh anggota pengaman.

Tiga anggota tentera Jerman mengalami cedera parah, kata Menteri Pertahanan Jerman, Annegret Kramp-Karrenbauer dalam satu kenyataan.

Dua daripada anggota tentera itu berada dalam keadaan stabil dan anggota ketiga memerlukan pembedahan, katanya.

Kramp-Karrenbauer berkata, seorang anggota pengaman bukan warga Jerman turut cedera.

Bagaimanapun, menurut jurucakap misi PBB, jumlah keseluruhan anggota pengaman yang cedera ialah 15 orang.

Misi PBB di Mali, dikenali sebagai MINUSMA, telah mengerahkan lebih 13,000 anggota tentera bagi mengawal keganasan kumpulan bersenjata api di utara dan tengah negara Afrika barat itu.

Serangan kumpulan bersenjata api berleluasa di Mali dan negara jirannya, Burkina Faso dan Niger walaupun terdapat anggota pengaman PBB dan beribu-ribu anggota tentera antarabangsa di wilayah tersebut.

MINUSMA merekodkan 230 kematian sejak 2013, menjadikan misi PBB itu mencatatkan bilangan kematian paling banyak dalam lebih sedozen misi PBB.

Jerman mempunyai 1,100 anggota tentera dalam MINUSMA dan kebanyakan ditempatkan di Gao. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast