Ahli Dewan Negeri Sentosa, Dr G Gunaraj.

KUALA LUMPUR – Kerajaan perlu membenarkan badan bukan kerajaan (NGO), syarikat korporat dan individu membeli vaksin untuk diedarkan secara percuma kepada orang awam.

Ahli Dewan Negeri (ADUN) Sentosa, Dr G Gunaraj berkata, banyak pihak sanggup mengeluarkan dana sendiri untuk membantu masyarakat mendapatkan vaksin sekali gus mempercepat imuniti kelompok.

“Perkara ini wajar diberi perhatian kerajaan kerana secara tidak langsung mewujudkan sikap tanggungjawab dalam masyarakat untuk bantu memerangi krisis pandemik.

“Kegagalan kerajaan mengendalikan pemberian vaksin menderitakan rakyat yang bertarung nyawa melawan virus itu,” kata Ketua PKR Cabang Kota Raja itu menerusi kenyataan hari ini.

Beliau turut menempelak kenyataan Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin yang meminta rakyat pergi ke pihak swasta jika ingin segera mendapatkan vaksin dengan kos ditanggung sendiri.

“Kerjasama menyeluruh antara kerajaan dan pihak yang sanggup menyediakan vaksin amat perlu. Ini kerana rakyat semakin derita, jadi vaksin perlu disegerakan,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast