Kes positif baharu Covid-19 terus mencatatkan jumlah melebihi paras 5,000 dengan sebanyak 5,586 kes dilaporkan hari ini.

KUALA LUMPUR – Kes positif baharu Covid-19 terus mencatatkan jumlah melebihi paras 5,000 dengan sebanyak 5,586 kes dilaporkan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor terus mencatatkan jumlah jangkitan tertinggi, dengan 2,212 kes.

Ia disusuli Kuala Lumpur (628), Sarawak (513), Negeri Sembilan (501), Melaka (380), Johor (312), Perak (229), Sabah (190), Pulau Pinang (138), Kelantan (133), Kedah (129), Pahang (118), Labuan (83), Terengganu (16) dan Putrajaya (4).

Perlis merupakan satu-satunya negeri yang tidak mencatatkan sebarang kes baharu. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast