Fotp KHM.

KUALA LUMPUR – Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) menzahirkan takziah kepada keluarga penyerang sensasi negara, Faizal Saari yang kehilangan bapanya, Allahyarham Saari Zakaria hari ini.

Menerusi satu hantaran di laman Facebook, badan induk sukan hoki kebangsaan itu mendoakan agar keluarga pemain tersebut tabah menghadapi dugaan kehilangan insan tersayang selain mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat.

Allahyarham Saari dilaporkan  menghembuskan nafas terakhir pada pukul 11.15 pagi tadi, menurut satu hantaran di laman Facebook ‘Saari Pomen’, yang difahamkan adalah akaun peribadi bapa kedua-dua pemain berkenaan.

“Assalamualaikum…saya anak kepada Saari Zakaria, minta sedekahkan Al Fatihah kepada arwah abah saya, beliau telah menghembuskan nafas terakhir pada 28 Jun pukul 11.15 pagi. Kalau arwah abah saya ada hutang minta halal atau boleh WhatsApp 0142118010,” menurut hantaran berkenaan.

Menerusi hantaran pada 23 Jun lalu oleh wakil keluarga mereka di akaun sama juga memaklumkan arwah Saari disahkan menghidap angin ahmar di bahagian otak dua hari sebelum itu. – MalaysiaGazette