Eduardo Camavinga.

LONDON – Manchester United telah membuka langkah untuk mendapatkan pemain tengah Rennes, Eduardo Camavinga biarpun pemain muda Perancis itu kini menjadi buruan utama bagi pencarian pemain tengah United untuk musim depan.

RMC Sport melaporkan United akan melakukan perbincangan dengan ejen Eduardo Camavinga selepas dia berjaya membuat penampilan bersama pasukan Perancis pada sebelum ini walaupun dia tidak terpilih bersama pasukan itu untuk kempen Euro 2020.

Kontrak pemain tengah berbakat ini dikatakan akan tamat pada tahun hadapan dan ini bermakna nilai perpindahannya akan lebih murah daripada nilai sebenarnya.

Camavinga kini berusia 18 tahun telah membuat 67 penampilan bersama pasukan Rennes.

Dia bakal menjadi pemain tengah ‘defensive midfielder’ untuk jangka panjang pasukan United.

Bagaimanapun, Paris Saints German (PSG) juga dikatakan berminat untuk membawa masuk tersebut.

Justeru, United perlu memulakan langkah perbincangan awal dalam misi membawanya ke Old Trafford. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast