Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar. capital punishment mandatory death sentence abolish
Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

KUALA LUMPUR – Inisiatif-inisiatif yang diumumkan dalam Pakej Pemulih merupakan langkah tepat bagi memastikan bantuan yang menyeluruh dapat dinikmati oleh semua lapisan masyarakat, termasuk usahawan yang sedang menghadapi situasi ekonomi yang getir pada ketika ini.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, mekanisma pelaksanaan pembiayaan mikrokredit itu akan diperincikan oleh kementeriannya.

Katanya, ia dijangka memberi fokus kepada usahawan mikro di dalam bidang non-essential seperti spa & wellness, refleksiologi, gunting rambut, postnatal, pengurusan acara, katering serta kedai buku dan alatulis yang benar-benar terkesan dengan impak Covid-19 dan penguatkuasaan fasa pertama (I) Kawalan Pergerakan di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN).

“MEDAC (Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi) berterima kasih kepada YAB Perdana Menteri kerana menyediakan sejumlah RM100 juta kepada TEKUN bagi membantu perusahaan mikro dalam memulihkan perniagaan mereka,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Wan Junaidi, usahawan di dalam bidang non-essential  menghadapi cabaran yang getir kerana perniagaan mereka adalah yang terawal ditutup dan yang terkahir dibenarkan beroperasi pada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0 pada tahun hingga penguatkuasaan fasa pertama (I) Kawalan Pergerakan di bawah PPN ketika ini.

Tambah beliau, selain itu, inisiatif bayaran tambahan di bawah Geran Khas Prihatin (GKP) 4.0, perlanjutan Program Subsidi Upah (PSU) 4.0, kemudahan moratorium dan perlanjutan diskaun bil eletrik juga apat membantu mengurangkan beban yang ditanggung usahawan. – MalaysiaGazette