Shazni Munir Mohd Ithnin
Shazni Munir Ithnin

KUALA LUMPUR – Kempen kibar bendera putih yang tular sejak kelmarin membuktikan rakyat sudah tidak mampu menanggung kesan Covid-19 ini dengan mengharapkan bantuan daripada kerajaan.

Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH), Shazni Munir Mohd Ithnin mendakwa, kelembapan edaran dan agihan bantuan daripada kerajaan menyebabkan masyarakat semakin ditekan daripada pelbagai aspek seperti ekonomi dan juga kesihatan mental.

Kadar kematian daripada kejadian bunuh diri melonjak naik sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sudah memakan masa hampir dua tahun.

Beliau berkata, keadaan itu bertambah buruk apabila pelan bantuan yang diumumkan kerajaan tidak menyentuh secara keseluruhan lapisan masyarakat.

”Kami menyokong penuh kempen “Kibarkan Bendera Putih” ini dengan harapan bahawa kita dapat membantu individu-individu ataupun keluarga yang terkesan supaya mereka dapat terus bertahan sehingga negara keluar daripada masalah pandemik ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kempen kibar bendera putih itu berteraskan atas dasar keprihatinan masyarakat setempat bertujuan untuk memberi sokongan dan bantuan keperluan harian kepada yang terperangkap dirumah tanpa sebarang pendapatan.

Shazni berkata, kempen yang ditularkan ini adalah bukti yang jelas bahawa kerajaan gagal memberikan tumpuan terhadap kebajikan rakyat semasa pelaksanaan PKP.

Sebaliknya, kerajaan terlalu sibuk mencari pelbagai alasan dan peluang untuk terus mengekalkan kuasa tanpa ada sekelumit perasaan simpati terhadap masyarakat yang terkesan dengan pandemik Covid-19 ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. hebatnya KERAJAAN GAGAL masih mampu peruntukan besar BERBILION utk bantu rakyat berbanding kerajaan P unah H arapan GAGAL dalam 100 hari dan terus PUNAH selepas 22 bulan,,,,,terpaksa wujudkan TABUNG PUTUS HaraPAN kononya kewangan negara hanya tinggal BAKI RM25JUTA utk BAYAR HUTANG LAMA.
    Berbangga dengan ewallet RM30 mengecilkan PENJAWAT AWAM dan INGIN HAPUSKAN PENCEN tetapi meratapi bila nak jadi PM…GAGAL dan KHIANAT MANDAT RAKYAT kerana MANIFESTO bukan KITAB SUCI untuk diKENCINGKAN.

    JIKA sekelumit kebaikan kerajaan tidak membantu..JANGAN SEGAN ANGKAT BENDERA PUTIH diganti BENDERA HITAM utk menolak atau memulangkan balik untuk digunakan bagi golongan yang MEMERLUKAN,

  2. KERAJAAN GAGAL pun tidak angkat BENDERA PUTIH Terus PERUNTUKAN BESAR terasuk jutaan ringgit untuk dVAKSIN PERCUMA….itu pun pelbagai tohmahan oleh anti vaksin dendangan pembangkang vaksin lambat urus yg sedia maklum datang dari luar …..PKRC dan hospital dan frontliner dalam perhatian….TERPAKSA utk berkempen diceruk rantau mengenai vaksin sebagai IKTHIAR menjaga kesihatan dan menyelamatkan nyawa….dan terus berdoa dan tawakal

    P UNAH H araPan pun GAGAL tangani covid di SELANGOR yang maju dan kaya YANG KEKAL JUARA… serta N9 dn PP

Comments are closed.