Pekerja sektor pembuatan menerima suntikan vaksin di tapak pusat pemberian vaksin (PPV) di bawah program Imunisasi Industri Covid-19 Kerjasama Awam Swasta (PIKAS) di Pusat Konvensyen Setia City (SCCC), Setia Alam, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 28 JUN 2021.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 6,982 kes baharu positif Covid-19 direkodkan hari ini berbanding berbanding 6,988 kes semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes kumulatif wabak itu kini mencecah 765,949 kes.

Menurut beliau, Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi sebanyk 2,907 kes, diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (637), Negeri Sembilan (606) dan Johor sebanyak 517 kes.

“Negeri lain pula menyaksikan Sarawak sebanyak 440 kes, Pulau Pinang (351) Pahang (329), Kedah (257), Sabah (230), Melaka (202) dan Perak 182.

“Ia diikuti Wilayah Persekutuan Labuan (131), Terengganu (44), Putrajaya (20) manakala Perlis merekod sifar kes,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini. – MalaysiaGazette