Ahmad Shabery Cheek

 

KUALA LUMPUR – ”Ha boleh pun buat. Bukan tak boleh. Tu pun kena tunggu 3 kali kena sound,” ulas Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen & Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan yang memberitahu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Ketua Majlis Parlimen telah memutuskan akan memanggil sidang Parlimen Malaysia secepat mungkin sebelum 1 Ogos 2021.

Perkara tersebut akan dimuktamadkan dalam Mesyuarat Jemaat Menteri pada 7 Julai.

“Kerajaan Persekutuan sentiasa menjunjung titah pandangan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam hal berkaitan pemerintahan negara termasuklah berhubung dengan persidangan Parlimen,” kata Takiyuddin.

Meskipun begitu, Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu berkata, apa-apa pun kena tunggu juga. – MalaysiaGazette