KUALA LUMPU -– NovelPlus Technology Bhd (NTB) kini berada di kedudukan lebih baik untuk memfokus kepada perluasan perniagaan baharu dan memburu peluang pertumbuhan masa hadapan selepas berjaya disenaraikan.

NTB yang disenaraikan di Pasaran Leap Bursa Malaysia merupakan pengendali dan pembangun platform menulis dan membaca secara dalam talian sosial.

Ketua Pegawai Eksekutif NTB, Crystal Lai berkata, kumpulan memiliki pelbagai bacaan e-buku yang merangkumi lebih 37,000 novel dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Indonesia yang telah diterbitkan dengan ekosistem lebih 2.1 juta pengguna.

Sebanyak 10,000 adalah berdaftar sebagai penulis dan bakinya para pembaca.

Beliau berkata, platform ini beroperasi di bawah jenama NovelPlus, dengan kandungan diakses menerusi aplikasi mudah alih dan pelayar web Kumpulan.

Crystal Lai

“NovelPlus beroperasi menggunakan model freemium di mana pembaca boleh mengakses platform ini secara percuma atau membayar yuran langganan bagi menikmati pengalaman membaca tanpa iklan,” katanya di sini hari ini.

Syarikat ini mencatatkan premium 10 sen do awal dagangan sahamnya semalam.

TA Securities Holdings Berhad merupakan penasihat, agen penempatan dan penempatan berterusan sah bagi pelaksanaan penyenaraian ini.

Lai berkata, apa yang ditawarkan oleh NTP ialah sebuah platform yang membolehkan pembaca melayari dan memilih e-buku, mengatursusun pengalaman mereka dan menguruskan profil mereka serta berinteraksi dengan penulis yang berdaftar di platform.

Manakala bagi penulis pula, platform NovelPlus membolehkan mereka menulis, menyunting dan menyiarkan sendiri novel bersiri mereka, menubuhkan komuniti pembaca mereka dan menerima ulasan serta penghargaan daripada pembaca.

“Pengiklan juga boleh mengiklan di aplikasi mudah alih dan pelayar web NoveplPlus. Iklan akan disasarkan kepada pengguna yang tidak berlanggan,” ujarnya lagi.

“Kami berterusan melakukan inovasi dan berubah demi keperluan para pengguna kami. Ini adalah permulaan evolusi bagi NovelPlus dan kami akan terus melakukan penambahbaikan yang memenuhi keperluan pengguna kami.”

Kumpulan ini merancang memasukkan kandungan perpustakaannya yang semakin membesar dengan e-buku yang diterbitkan di blam Bahasa Melayu dan bahasa Indonesia kini, dengan novel bahasa-bahasa lain di Asia Tenggara, yang mana e-buku telah menyaksikan pertumbuhan sihat daripada AS$308.1 juta (RM1.3 bilion) pada 2016 menjadi AS$382.9 juta (RM1.6 bilion) pada 2019, iaitu kadar pertumbuhan tahunan dikompaun (“CAGR”) sebanyak 7.5 peratus

Melangkah ke hadapan, saiz pasaran e-buku mungkin mencatat CAGR sebanyak 6.4 peratus antara tahun 2020 dan 2022, untuk mencapai AS$461.0 juta (RM1.9 bilion). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast