Wan Rosdy Wan Ismail

KUANTAN – Pahang menambah peruntukan sebanyak RM6.03 juta untuk proggram Fasa 3 Bantuan Prihatin Pahang (BPP) Covid-19.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Ismail berkata, bantuan dalam bentuk pengagihan bakul makanan secara bersasar dalam usaha meringankan beban penduduk negeri ini yang terkesan dengan penularan virus itu.

“Di bawah Fasa 3 ini, tumpuan ialah kepada pelbagai golongan rakyat lagi termasuk kumpulan penjaja yang tidak berdaftar dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan agihan akan diuruskan oleh PBT-PBT berkaitan.

“Turut akan menerima bantuan di bawah Fasa 3 ini ialah nelayan yang berdaftar di Pahang serta operator dan pekerja kantin dan dewan makan asrama sekolah.

“Selain itu, bantuan kali ini juga ialah tambahan kepada bantuan sama yang telah disalurkan sebelum ini menerusi Pusat-Pusat Khidmat Dewan Negeri, bagi menampung keperluan mana-mana golongan/individu yang sangat terkesan dengan Covid-19,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, dengan peruntukan tambahan itu, kerajaan negeri berbelanja kira-kira RM23.13 juta untuk BPP COVID-19 semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang bermula 12 Mei 2021.

ARTIKEL BERKAITAN :

Pahang peruntuk RM7.8 juta Bantuan Prihatin Covid-19

Pahang peruntuk RM2.57j untuk Program Bantuan Awal Persekolahan Murid Tahun 1

Jelas Wan Rosdy, sungguh pun bantuan yang disalurkan itu  dianggap kecil bagi sesetengah pihak namun kepada yang benar-benar memerlukan ia tentu sesuatu yang melegakan. – MalaysiaGazetteitu