Ahmad Shabery Cheek

KUALA LUMPUR – Keputusan Biro Politik UMNO yang mendesak kerajaan supaya mengadakan sidang Parlimen dalam tempoh 14 hari kerana ramai pemimpin kerajaan tidak faham maksud titah ‘segera’.

Lantaran itu, UMNO perlu kena membuat definisi ‘segera’ tersebut dan barulah pemimpin-pemimpin kerajaan memahaminya.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, UMNO kena buat definisi itu kerana sistem demokrasi berparlimen dan sistem Raja Berperlembagaan adalah hasil perjuangan UMNO dan mungkin tidak semua pemimpin kerajaan sekarang faham sebab bukan perjuangan mereka dulu.

Beliau turut menjelaskan, bukan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mendesak supaya Parlimen bersidang dalam masa 14 hari tetapi keputusan itu dibuat oleh Biro Politik UMNO.

Biro Politik UMNO itu pula dianggotai oleh timbalan presiden, naib-naib presiden, ketua-ketua sayap dan semua pengerusi perhubungan negeri.

Ahmad Shabery berkata, walaupun sidang Parlimen akan berlangsung tidak lama lagi, UMNO akan terus memantau sama ada sidang sebelum 1 Ogos ini betul-betul untuk rakyat atau sekadar melepas batuk di tangga.

Ini kerana, katanya, banyak perkara yang rakyat mahu tahu – bukan sahaja kegagalan mengendalikan Covid-19 walaupun sudah enam bulan darurat.

Tetapi ia juga juga membabitkan soal vaksinasi, ekonomi, pelaburan, pendidikan, pekerjaan dan macam-macam lagi.

Oleh itu, kata beliau, perbahasan di Parlimen jangan dihadkan.

Malah, wakil-wakil rakyat sudah patut membuka pertanyaaan kepada rakyat mulai sekarang untuk disampaikan dalam sidang nanti.

Seperti di United Kingdom, perdana menterinya jenuh hendak menjawab kenapa menteri kesihatan negara itu, Matt Hancoc tidak dipecat selepas didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) Covid-19.

Ahmad Shaber berkata, di Malaysia soalan ini juga boleh ditanya kepada Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon yang terlibat dalam ‘kenduri durian’ di sebuah dusun baru-baru ini dan beliau relaks sahaja.

Sedangkan, rakyat yang melanggar SOP banyak yang kena kompaun. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast