Dr. Asyraf Wajdi Dusuki

KUALA LUMPUR – Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki menyatakan rasa sedih dan kecewanya dengan perubahan sikap seorang pemimpin UMNO berjawatan tinggi dalam kerajaan yang seolah-olah tidak lagi menyokong kepemimpinan parti itu.

Ketua Pemuda UMNO Malaysia itu menyatakan, beliau berdiskusi dengan pemimpin itu pagi ini, tetapi telah diingat dan dinasihatkan agar tidak percaya dengan sentimen kebencian rakyat kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) di media sosial.

Kata pemimpin tersebut, menurut beliau, sentimen itu secara naratifnya telah dikawal oleh DAP dan Pakatan Harapan (PH).

“Kecewa betul pagi ini bila berdiskusi dengan seorang pimpinan UMNO sendiri yang berjawatan tinggi dalam kerajaan hari ini.

“Pemimpin itu menyatakan pada saya, jangan terlalu percaya dengan sentimen di media sosial sebab naratifnya dah dikawal oleh DAP-PH dan realitinya PM (Perdana Menteri) dan kerajaan masih popular di kalangan rakyat akar umbi,” katanya yang meluahkan rasa kecewa itu menerusi Facebooknya, hari ini.

Menurut Dr. Asyraf, beliau sedih dengan tanggapan pemimpin itu, kerana hakikatnya rakyat di bawah sentiasa merintih dan mengeluh dengan kesempitan hidup yang dilalui di bawah kerajaan sekarang.

“Dalam hati saya (berkata), cubalah baca setiap komen di posting (FB) saya akan rintihan dan keluhan rakyat yang kesempitan.

“Ini adalah real (kenyataan). Betulkah dengan sentimen sebenar rakyat terhadap kerajaan hari ini atau saya yang tertipu?,” soal beliau.

Kebelakangan ini, beberapa pemimpin UMNO yang berjawatan dalam kerajaan dilihat memberi sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin yang merupakan Perdana Menteri dan juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berbanding presiden sendiri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Malah, ada dalam kalangan mereka kurang senang dengan tindakan Ahmad Zahid, termasuk Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak yang lantang menegur pentadbiran PN. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

4 Komen

  1. Macamana pulak dengan pemimpin dlm UMNO yang enggan terima hakikat Presiden ditolak rakyat dan kebanyakan ahli akar umbi? Sama ja la hampa. Ada kepentingan masing2. Sembang kemaih ja kot paper mcm suci murni sgt hati tu.

  2. Memang tak boleh terima hakikat sebab dia membelakangkan ketetapan parti. Semasa PAU dah putuskan no Anwar no DAP tp masih lg berhubung dan sokong Anwar.

  3. Woi Ah Joi bodoh…Presiden UMNO bukan dipilih oleh rakyat lah bebal…Presiden dipilih oleh ahli UMNO! Wou South Azmi..ketetapannya No Anwar, No DAP dan NO Bersatu! ko lg sorang kaki belit…

  4. Shake, ko la bodoh. Cuba fikir sebelum tulis. Kahkah.. UMNO kalah psl ahli umno ke psl rakyat tak undi UMNO masa PRU? Bodoh tu simpan la sikit yer. Takyah tunjuk kat sini. Najib jatuh dr jawatan presiden kenapa? Sbb rakyat tolak UMNO. Ahli UMNO yg hilang jawatan nak lg ke presiden camtu? So, ada paham? Patut nama shake, masa kecik biol sbb otak gegar.

Comments are closed.