Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin bercakap pada sidang media selepas membuat lawatan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dalam sektor pengakutan udara di Terminal Utama Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang. Foto SYAFIQ AMBAK, 06 JULAI 2021.

SEPANG – Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar enggan melayani sebarang tuntutan daripada mana-mana pihak untuk meletakkan jawatan dalam Kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Khairy berkata, beliau tidak mempunyai masa untuk memenuhi kehendak politik ketika ini kerana Ahli Parlimen Rembau itu mahu memastikan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) berjalan lancar.

“Saya tiada masa nak main politik,” katanya pada sidang media di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini.

Beliau mengulas desakan kepimpinan UMNO yang mahu ahli Parlimennya meletakkan jawatan sebagai menteri, timbalan menteri dan pengerusi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) sebelum 1 Ogos ini.

Pada 21 Jun lalu, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberikan tempoh 14 hari kepada kerajaan PN untuk mengadakan semula sidang Parlimen.

Langkah itu dilihat sebagai alasan bagi Ahmad Zahid mengeluarkan UMNO daripada kerajaan yang sebelum ini enggan memanggil Parlimen pada kadar segera.

Bagaimanapun, Pejabat Perdana Menteri (PMO) semalam mengumumkan parlimen akan bersidang semula, yang secara kebetulan adalah hari terakhir tempoh yang diberikan Ahmad Zahid. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast