TOKYO – Harga minyak mentah naik dalam dagangan hari ini setelah penurunan mendadak pada sesi sebelumnya, berikutan pembatalan rundingan di antara pengeluar OPEC+ yang meningkatkan prospek pengeluaran besar-besaran oleh pengeksport minyak mentah utama dunia untuk menguasai pasaran.
Minyak mentah Brent naik AS$0.03 kepada AS$ 74.56 setong pada 0115 GMT, setelah merosot lebih daripada 3% pada hari Selasa.
Sementara, minyak AS naik AS$0.07 kepada A $ 73.44 setong, mengalami penurunan lebih dari 2% pada sesi sebelumnya.
Menteri-menteri tenaga dari OPEC+, sebuah kumpulan yang merangkumi Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) bersama dengan Rusia dan negara pengeluar minyak lain telah menamatkan perbincangan mengenai dasar pembekalan pada hari Isnin.
Perpecahan antara Arab Saudi, pengeluar OPEC terbesar dan Emiriah Arab Bersatu (UAE), yang menentang lanjutan pengurangan pengeluaran bekalan yang dilakukan sebelum ini untuk menyokong harga emas hitam itu setelah penurunan permintaan akibat pandemik Covid-19, adalah sebab utama di sebalik kegagalan perbincangan.
Ada kemungkinan pemberontakan OPEC + yang akan membawa pengeluaran yang tidak diatur kembali ke pasaran,” kata penganalisis pasaran minyak Rystad Energy, Louise Dickson dalam nota penyelidikannya.
Meskipun demikian, “pasaran menjadi terlalu ketat bagi pengguna, terutama di AS, yang mana menyaksikan harga minyak menjadi sangat mahal untuk pengguna dan industri,” tambah Dickson. – MalaysiaGazette
















