Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH) Wilayah Persekutuan, Asmaaliff Abdul Adam bercakap kepada media selepas membuat laporan polis mengenai pelanggaran undang-undang oleh Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkaitan perkahwinan di Narathiwat secara maya di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 07 JULAI 2021.

KUALA LUMPUR – Parti Amanah Nasional (Amanah) Wilayah Persekutuan hari ini membut laporan polis meminta  siasatan dilakukan ke atas Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Che Abdullah Mat Nawi yang didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Penuh (PKP).

Ketuanyanya, Asmaalif Abdul Adam berkata, laporan ke atas Ahli Parlimen Pas Tumpat itu menekankan tiga perkara termasuk perkahwinan Che Abdullah pada 1 Jun lalu yang melanggar enakmen Syariah Islam dan SOP PKP.

“Pertamanya kaedah pernikahan yang digunakan Che Abdullah menerusi panggilan telefon boleh diragui mengenai majlis nikah itu kerana dikatakan ia dilakukan dengan wali hakim yang berkemungkinan berada di Malaysia dan kedua-dua pasangan suami isteri ada di sini.

“Sah atau tidak, kami tak nak ulas tetapi sebagai penggubal undang-undang dia telah melanggar Enakmen Syariah walaupun berkaitan negeri masing-masing dan seharusnya lebih peka dan sensitif dalam perkara enakmen Islam dalam soal bernikah,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau yang merupakan Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH) Wilayah Persekutuan mendakwa Che Abdullah juga SOP menerusi penelitian video nikah yang mendapati tiga individu, termasuk ahli parlimen itu,  dan mungkin lebih ramai lagi dalam bilik.

“Ketiganya perlanggaran SOP juga berlaku sekiranya majlis nikah itu dibuat di luar Malaysia sebab kemungkinan besar berlaku di Thailand yang melibatkan imam Thailand.

“Di Malaysia wali hakim tak boleh digunakan sesuka hati dan dia perlu berada di sempadan atau luar Malaysia untuk menggunakan wali hakim kerana sijil perkahwinan nikah mereka datang dari Narathiwat yang juga satu perlanggaran SOP yang perlu tindakan lebih tegas,” ujarnya.

Menurut Asmaalif, beliau tidak kisah sekiranya Che Abdullah mahu berkahwin lagi kerana ia merupakan hak beribadi masing-masing tetapi beliau sepatutnya menunjukkan tauladan yang baik kepada masyarakat dengan mematuhi undang-undang.

Dalam pada itu, Peguam dan juga Exco Pemuda Amanah Nasional, Ahmad Fadhli Umar Aminolhuda mendakwa Che Abdullah telah melanggar Seksyen 124 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam 2002 Negeri Kelantan.

Ini kerana, katanya, ahli Parlimen itu merupakan seorang pemastautin negeri Kelantan dan enakmen Islam negeri Kelantan terpakai ke atas beliau yang mana Seksyen 124 adalah berkaitan proses perniukahan yang dilakukan itu menimbulkan keraguan.

“Jika kesemua yang dibangkitkan ini benar, maka dia boleh dihukum denda RM5,000 dan enam bulan penjara jika disabitkan kesalahannya.

“Sebagai mana terjadi, dia selaku timbalan menteri dan juga personaliti popular harus disiasat oleh Pihak Majlis Agama Islam Negeri Kelantan,” katanya.

Ahmad Fadhli berkata, Che Abdullah yang mewakili Pas gagal akur dengan perundangan Islam dan bertentangan dengan prinsip yang diperjuangkan Pas sebelum ini yang memperjuangkan perkara Rang Undang-undang 55 di Parlimen untuk meningkatkan hukuman di Mahkamah Syariah.

Tambah beliau, jika pemimpin seperti Bung Mokhtar Radin pernah dikenakan penjara walaupun keputusan itu dibatalkan di peringkat  Mahkamah Rayuan, maka tindakan sama perlu dikenakan ke atas Che Abdullah. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. mana pemuja2 DAPIgS spt AmNanah MATSABU serta ahli2 dan penykong pengundi bila 2 APEK lLim kit SIANG ..menyentuh KERAJAAN ALLAH dan Ronnie liu mencabar tugas PENJAWAT AWAM…

    TAHNIAH kamu adalah PAK ANGGUK DAN PENGECUT

Comments are closed.