Kenderaan yang dipercayai membawa Menteri Kanan memasuki kawasan kediaman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 08 JULAI 2021.

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Takiyuddin Hassan antara menteri yang mengadakan pertemuan dengan  Perdana Menteri sebentar tadi.

Turut hadir Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun.

Kediaman Tan Sri Muhyiddin Yassin mula menjadi tumpuan awal pagi ini selepas UMNO  membuat keputusan untuk menarik balik sokongan serta-merta malam tadi.

Kelibat beberapa kenderaan kerajaan dipercayai membawa menteri, peguam negara dan kenamaan kelihatan memasuki kawasan rumah beliau pada 9.40 pagi tadi.

Kemudian terdapat pergerakan keluarg masuk  kenderaan membawa kenamaan sehingga lebih kurang 12.47 tengah hari tadi.

Pertemuan ini dipercayai mempunyai kaitan dengan  keputusan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO semalam yang memutuskan untuk menarik balik sokongannya serta-merta terhadap Muhyiddin.

Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, sokongan yang diberikan oleh UMNO sejak bulan Mac tahun lalu itu ditarik balik selepas mendapat undian dua pertiga daripada ahli-ahli MT. – MalaysiaGazette

UMNO tarik balik sokongan terhadap Muhyiddin