senior citizens Covid-19 vaccine Minister of Women, Family and Community Development Datuk Seri Rina Mohd Harun speaks to the media after visiting homeless army veteran, Suria Mohamad Hassan and his family who used to live under a bridge at Jalan Loke Yew, Kuala Lumpur. PIX: HAZROL ZAINAL / MalaysiaGazette / 19 JUNE 2021
Rina Mohd. Harun. PIX: HAZROL ZAINAL / MalaysiaGazette / 19 JUNE 2021

KUALA LUMPUR – Wanita Perikatan Nasional (PN) kesal dengan kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menarik balik sokongan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ketuanya, Datuk Seri Rina Mohd. Harun berkata, tindakan itu jelas bermotivasikan kepentingan sempit kelompok tertentu serta membelakangkan kepentingan rakyat dan negara ketika kerajaan sedang menumpukan sepenuh usaha dan tenaga di dalam
memerangi pandemik Covid-19 dan membawa negara keluar daripada kemelut itu.

Beliau turut menyangkal dakwaan bahawa Kerajaan PN gagal dalam beberapa isu seperti yang dijadikan alasan kepada pendirian Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO.

“Setakat ini, pendekatan kerajaan telah melaksanakan pengurusan Covid-19 yang seimbang antara mengekang penularannya dan memelihara penghidupan rakyat.

“Harus diingat, negara telah berjaya mengelakkan pandemik berskala bencana seperti di beberapa negara lain manakala ekonomi dan punca pendapatan rakyat dapat dipertahankan daripada kelumpuhan,” katanya dalam satu kenyataan bersama Ketua-Ketua Wanita parti komponen PN di sini hari ini.

Malam tadi, MKT UMNO memutuskan untuk menarik balik sokongannya serta merta terhadap Muhyiddin.

MenurutĀ  Ahmad Zahid, sokongan sejak Mac tahun lalu itu ditarik balik selepas mendapat undian dua pertiga ahli MT.

Mengulas lanjut, Rina menambah, Wanita PN yakin rakyat yang terhimpit kehidupan mereka akan kecewa dengan keputusan MKT UMNO ini.

Ujar beliau, rakyat mahukan semua kelompok terutamanya kelompok politik untuk mengenepikan kepentingan politik partisan dan menggembleng seluruh usaha, tenaga dan sumber untuk membantu mereka dalam keadaan yang getir ini.

” Wanita PN dengan ini menyatakan sokongan yang penuh dan tidak berbelah bagi kepada YAB Perdana Menteri untuk terus meneraju Kerajaan PN. Sebaik menggalas tanggungjawab sebagai pemimpin utama negara, beliau telah memimpin dengan sehabis baik serta menyediakan jalan keluar dengan Pelan Pemulihan Negara yang jelas.

“Wanita PN berikrar akan tetap bersama dengan YAB Perdana Menteri sehingga ke hujung jalan (all the way) untuk di dalam usaha genting untuk menewaskan pandemik Covid-19 dan membawa rakyat untuk menikmati kehidupan seperti sedia kala,” katanya. – MalaysiaGazette

 

2 Komen

  1. haaaa…piraaanhhh..bukti kan PM ada sokongan majoriti di parlimen. UMNO nak tarik balik kaa..nak kekal kaa…tak payah lah nak meroyan…

  2. Dah memang gagal nak kata berjaya macam mana lagi. Hidup tu jangan bangang sangat. Nak tunggu rakyat mati sampai 10 juta baru naj mengaku gagal ke. Haram jadah betul PPBM.

Comments are closed.