Ketua Pegawai Operasi FOODSPACK, Shahrin Ramly tawar harga istimewa bantu peniaga golongan B40.

KUALA LUMPUR –  Prihatin terhadap peniaga dalam kalangan B40 yang terjejas akibat penularan pandemik, pembekal barangan pembungkusan makanan dan minuman, FOODSPACK menawarkan rebat sebanyak RM50 bagi setiap pembelian RM150 ke atas.

Ketua Pegawai Operasinya, Shahrin Ramly berkata, rebat itu sebahagian usaha pihaknya dalam meringankan beban operasi yang ditampung peniaga makanan dan mereka boleh mendapatkan rebat ketika membeli di setiap cawangannya.

“Maknanya, membeli barangan berharga RM150 ke atas, peniaga hanya perlu membayar RM100 sahaja.

“Memandangkan keadaan ekonomi amat membimbangkan, kami faham dengan masalah rakan peniaga terutamanya dari segi kewangan dan kami hanya membantu sedaya upaya,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.

Beliau berkata, rebat itu boleh dinikmati peniaga di kesemua cawangan FOODSPACK iaitu di Chow Kit, Pudu, Setapak dan Pandan.

Untuk maklumat lanjut, FOODSPACK boleh dihubungi pada talian 013-363 6066 atau 019-377 3006 – MalaysiaGazette