Gambar hiasan

MONTANA – Beruang berbulu perang yang menyeret seorang wanita dari khemah dan membunuhnya di sini telah mati ditembak.

Leah Lokan, seorang jururawat berusia 65 tahun dari California, diserang ketika sedang berkhemah dengan rakan-rakannya kumpulan basikal untuk mendaki gunung.

Dia dan dua rakannya diserang beruang seberat 181 kilogram pada jam 4 pagi.

Haiwan itu diburu selama tiga hari dengan memasang perangkap.

Ia ditembak ketika menyerang kandang ayam.

hidupan liar mengatakan bahawa mereka yakin beruang mati itu adalah pelaku serangan itu. Mereka akan membandingkan DNA beruang dengan jejak yang diperoleh dari tempat serangan untuk mengesahkan bahawa ia adalah sama.

Beruang yang menyerang manusia bukan selalu dibunuh.

Tetapi anggota hidupan liar memberitahu, beruang yang terlibat dengna kematian Lokan dianggap sebagai ancaman keselamatan orang ramai kerana sifat serangan itu. – MalaysiaGazette