Argentina akhirnya menamatkan penantian 28 tahun untuk kembali menjulang trofi Copa America apabila berjaya menundukkan musuh tradisi, Brazil 1-0 pada aksi final yang berlangsung di Stadium Maracana sebentar tadi.

RIO DE JANEIRO – Argentina akhirnya menamatkan penantian 28 tahun untuk kembali menjulang trofi Copa America apabila berjaya menundukkan musuh tradisi, Brazil 1-0 pada aksi final yang berlangsung di Stadium Maracana sebentar tadi.

Jaringan tunggal daripada Angel Di Maria pada minit ke-22 sudah memadai selepas kali terakhir skuad La Albiceleste memenangi gelaran Copa America pada tahun 1993.

Pada perlawanan akhir itu, tidak banyak serangan menarik yang dapat disaksikan sepanjang 90 minit perlawanan.

Namun penyokong lebih dipertontonkan dengan aksi keras para pemain.

Kejuaraan Copa America kali ke-15 buat Argentina itu sekali gus menyamai pencapaian dicatatkan Uruguay.

Kedua-dua negara kini muncul sebagai pemenang terbanyak dalam sejarah penganjuran Copa Amerika. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast