Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Sebanyak 91 kematian dicatatkan akibat jangkitan Covid-19 dilaporkan hari ini termasuk 10 kes Brought-In-Dead (BID), kata Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata,
kes sembuh pula adalah 5,194 kes dengan 961 kes di unit rawatan rapi (ICU).

“Seramai 455 pesakit masih memerlukan bantuan pernafasan dan 87,841 kes aktif,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini

Noor Hisham menambah, 19 kluster baharu dilaporkan di mana 13 daripadanya adalah kluster tempat kerja.

Selangor dan Kuala Lumpur adalah penyumbang tertinggi bagi kluster baharu pada hari ini.

Sementara itu, Malaysia terus merekodkan peningkatan kes positif Covid-19 melebihi 9,000 iaitu 9,105 kes.

Selangor terus menjadi penyumbang terbesar apabila merekodkan sebanyak 4,682 kes dengan Kuala Lumpur (1,247), Negeri Sembilan (541), Johor (392), Kedah (382), Pahang (300), Melaka (278), Sabah (271), Sarawak (270), Pulau Pinang (243) dan Perak (207).

Hanya sebuah negeri mencatatkan kes di bawah 200 iaitu Kelantan (150) manakala Terengganu (38), Labuan (54), Putrajaya (49) dan hanya Perlis merekodkan satu kes. – MalaysiaGazette