Abdul Hadi Awang

KUALA LUMPUR – Hanya mereka yang masih gila berpolitiking membuat kenyataan Malaysia gagal menangani Covid-19, kata Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Katanya, kenyataan itu dibuat seolah-olah mereka berada di planet lain bukan di alam bumi.

“Hal ini disebabkan oleh nafsu politik angkuh mereka terlalu tinggi dan sangat rakus mahu berkuasa sehingga mendabik dada dalam menyelesaikan masalah seperti apa yang dijanjikan dalam manifesto PRU-14 dahulu.

“Mereka masih ingin mengaku boleh menyelesaikan semua masalah dalam sekelip mata hingga sanggup merempuh keadaan paling mencabar yang masih dihadapi oleh mereka yang berada di barisan hadapan,” katanya menerusi Minda Presiden Pas yang dimuatnaik dalam Facebooknya hari ini.

Abdul Hadi menegaskan, sehingga kini, belum ada negara dalam dunia yang boleh mendabik dada sudah berjaya menghadapi penularan wabak pandemik Covid-19.

Namun, kata beliau, negara berkenaan termasuk Malaysia tidak pernah berputus asa melawan wabak itu.

Ahli Parlimen Marang itu berkata, ketika ini muncul pula pelbagai varian baru yang dikatakan paling berbahaya seperti varian Delta dan lain-lain bentuk.

Malah, ujar beliau, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sendiri telah memberikan amaran kepada semua negara supaya bersiap siaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

“Pasukan barisan hadapan berusaha gigih mengambil langkah pencegahan khususnya meningkatkan jumlah suntikan vaksin dengan seluas-luasnya bagi menyelamatkan serta memberi kefahaman kepentingannya kepada seluruh rakyat.

“Namun, sikap mereka yang terlalu berpolitiking mendakwa kenyataan Kementerian Kesihatan yang melaksanakan tugas secara langsung melaporkan angka statistik penularan wabak Covid-19 dianggap sebagai berpolitik.

“Walaupun pihak yang melaporkan angka statistik tersebut wajib berterus terang, tidak boleh menyembunyikan realiti atau kenyataan sebenar yang berlaku di lapangan,” katanya.

Selain itu, kata Abdul Hadi, mereka juga berani mencabar pihak menunaikan kewajipan menangani wabak itu, seperti orang buta memarahi orang menolongnya untuk menyeberangi jalan sibuk dan lalu lintas berbahaya.

Sepatutnya, berterima kasih kerana ada orang menolongnya, tetapi dibalas dengan maki hamun, seolah-olah tiada pertimbangan akal sihat, sudahlah matanya pula buta.

“Kepada mereka yang dimaki, mudah-mudahan mendapat pahala percuma, manakala mereka yang memaki mendapat dosa dengan mudah.

“Jika bernasib malang, mereka boleh menghadapi hukuman atau tindakan undang-undang bersekali dengan dosa, kerugian di dunia dan di akhirat jika tidak meminta maaf dan bertaubat.

Dalam perkembangan berkaitan, Abdul Hadi memberitahu, beberapa negara telah mengisytiharkan darurat secara menyeluruh atau terhad apabila keadaan semakin parah dengan mengambil tindakan pantas.

“Bukan sahaja menghadapi wabak, termasuk juga terpaksa berusaha untuk menyelesaikan kesan sampingan terhadap kehidupan rakyat.

“Dalam keadaan mencabar seperti ini, peranan semua pihak adalah wajib bagi menyelamatkan keadaan secara bersama dan menolak segala kepentingan peribadi, puak dan kumpulan.

“Di sinilah pentingnya memelihara perpaduan dan permuafakatan yang sedia terjalin bagi meredakan ketegangan dan mewujudkan kestabilan politik dalam negara,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. X semua org gila nk berpolitik tp sifat perikemanusian dan prihatin di kalangan pemimpin² skrg amatlah menyedihkan, bila ada rakyat yg bukak mulut atau viralkan baru lah mereka nk bertindak sepatutnya mereka peka dan cakna akan setiap keadaan bkn hanya menunggu sahaja. Rakyat skrg ramai yg tertekan dgn berbagai² mslh ditambah lg dgn pemimpin² yg sibuk berpolitik hingga x peduli mslh rakyat tu sbb nya rakyat katakan KERAJAAN YANG ADA SEKARANG GAGAL. itu fakta bkn politik semata

  2. SOKONG Harry….SELANGOR /KL/N9 SEMUANYA DI BAWAH P UNAH HaraPAN….WAHAI PENYOKONG2 AHLI DAN PENGUNDI TEGAR SERTA PENTAKSUB P H…..PEMIMPIN KAMU SEJAK 22 BULAN KUASA DITANGAN…SENTIASA MEROYAN JADI PM dan selepas PUNAH MASIH MEROYAN dan menyalahkan kegagalan…tetapi akhirnya ALLAH tunjukkan paku dulang paku serpih…mengatakan orang P unah H arapan menjuarai KEGAGALAN KHIANAT MANDAT DAN MANIFESTO RAKYAT.

    mana kerja2 hebat DR ZUL AHMAD DAN jangan lupa hero TAMIL ANWAR IBRAHIM…RM1500 SETIAP BULAN untuk rakyat terkena covid…..serik dengan cakap dan janji2 kamu…akhirnya MUNAFIKUN

    SELANGOR NEGERI KAYA….BOLEH CIPTA VAKSIN…asyik .SALAHKAN VAKSIN LAMBAT TIBA…..

    Dalam keadaan mencabar seperti ini, peranan semua pihak adalah wajib bagi menyelamatkan keadaan secara bersama dan menolak segala kepentingan peribadi, puak dan kumpulan.

Comments are closed.