Tun Dr Mahathir Mohamad.

KUALA LUMPUR – Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) merupakan parti orang Melayu dan Bumiputera yang ikhlas ditubuhkan untuk berjuang demi agama, bangsa dan negara.

Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, ketika ini orang Melayu sudah berpecah dan hilang kuasa gara-gara memiliki sikap tamak.

Bekas perdana menteri dua kali itu menjelaskan, pemimpin Melayu kini bukan lagi meletakkan keutamaan memberi khidmat kepada masyarakat.

Sebaliknya, mereka lebih nampak peluang untuk untuk menjadi kaya apabila menyertai parti politik.

“Pejuang adalah parti melayu dan tidak macam yang lain di mana ikhlas dan jelas. Kita sedar negara ini adalah asalnya orang Melayu dan rela berkongsi dengan lain tapi berkongsi bukan sehingga menjadi hina.

“Orang Melayu kini sudah berpecah dan hilang kuasa kerana tamak. Mereka bukan hendak berkhidmat tapi nampak peluang yang lumayan seperti jawatan menteri, timbalan menteri, pengerusi syarikat kerana semua itu adalah duit,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap selepas majlis menzahirkan kesyukuran dan bacaan Yassin sempena kelulusan pendaftaran Pejuang secara maya di sini malam ini.

Turut hadir, Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan timbalan presidennya, Datuk Marzuki Yahya.

Pada 8 Julai, Pejabat Pendaftar Pertubuhan (RoS) telah meluluskan permohonan Pejuang sebagai satu parti politik yang sah.

Kelulusan kepada parti tersebut dibuat pada hari terakhir selepas Mahkamah Tinggi memerintahkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin membuat keputusan berhubung rayuan Pejuang untuk mendaftar parti itu dalam tempoh 14 hari.

Mengulas lanjut, Mahathir menegaskan, Pejuang tidak akan bekerjasama dengan kerajaan sedia ada kerana ia zalim dan bergelumang dengan rasuah.

Jelas Ahli Parlimen Langkawi itu, ini kerana sebelum ini Pejuang menubuhkan Bersatu yang berjuang dengan matlamat sama menolak kerajaan pencuri dan menolak kemungkaran.

“Tapi orang kita kerana nak jadi PM (Perdana Menteri) sanggup tubuh kerajaan,” katanya. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

4 Komen

  1. aku benci betul tgk muka si tua puaka nie,
    gara2 ko pandai sgt kononnya nk jadi pm smpai mampos,
    tgk apa da jadi dgn negara nie,
    ko xkn diingati sbg bapa pemodenan,
    tp ko akan diingati sbg bapak kesialan!!!

  2. Mmg layak humban masuk lubang kubur je orang tua nyanyuk ni. Dia mmg lupa apa yang dia dah buat. Jangan sembang pasal nak brka bangsa melayu la, dia yang oecah belahkan melayu dan hinakan melayu. Fitnah dan lagakan orang sana sini. Memang lahanat la orang mcm ni.

Comments are closed.