Richard Branson bersama krunya ketika menaiki pesawat roket Virgin Galactic dalam misi ke pinggir angkasa. foto Agensi

NEW MEXICO – Jutawan Richard Branson berjaya sampai di pinggir ruang angkasa dengan pesawat roket Virgin Galacticnya.

Beliau berlepas dari New Mexico, Amerika Syarikat dengan pesawat yang dibangunkan oleh syarikatnya selama 17 tahun.

Perjalanan itu, katanya, adalah “pengalaman seumur hidup”.

Dia yang berlepas pada jam 10.30 pagi kembali ke bumi dengan selamat sejam selepas itu.

“Saya telah mengimpikan saat ini sejak saya kecil, tetapi sejujurnya tidak ada yang dapat digambarkan dapat melihat bumi dari angkasa.

“Semuanya hanya ajaib,” katanya dalam sidang media selepas penerbangan.

Perjalanan ini juga menjadikan dia sebagai individu pertama sebagai pelopor pelancongan ruang angkasa dengan pesawat sendiri.

Kejayaan Branson itu, sekali gus mendahului pesaingnya, Jeff Bezos dan Elon Musk yang turut merancang melakukan perkara sama.

Ketinggian yang dicapai oleh pesawat roket Branson, yang dikenali sebagai Unity, adalah 85 kilometer (282,000 kaki; 53 batu).

Ahli perniagaan itu ditemani oleh dua juruterbang kenderaan itu, Dave Mackay dan Michael Masucci dan tiga pekerja Galactic – Beth Moses, Colin Bennett dan Sirisha Bandla. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast