Tahith Chong.

LONDON – Pemain muda Manchester United, Tahith Chong secara rasmi dipinjamkan lagi namun kali ini ke kelab Birmingham City dalam saingan Liga Kejuaraan sehingga akhir musim 2021/22.

Musim lalu, Chong bersama Werder Bremen sebelum melengkapkan pinjaman selama 10 bulan ke kelab Jerman berkenaan.

Pemain sayap berusia 20 tahun itu telah menandatangani kontrak baharu pada Mac tahun lalu yang akan mengekalkannya di United sehingga Jun 2022.

Chong menyertai Akademi United pada 2016 dari Fayenoord dan telah membuat penampilan pertama bersama skuad senior pada Julai 2018.

Dia juga merupakan anggota skuad kebangsaan Belanda bawah 21 tahun (B-21). – MalaysiaGazette